Date taken: 28.03.2010 ISO speed: ISO-200 Focal lenght: 45 mm Max aperture: 4.75 Mettering mode: spot Flash mode: No flash, compulsory Camera: Canon EOS 45OD
Gambar perayaan Tahun Baru Cina ini diambil di rumah salah seorang rakan kami yang berbanga Cina. Menggunakan Capture normal.
Mercun
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di cina untuk mengusir puaka. pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Lazimnya, mercun akan dibakar pada musim perayaan tahun baru cina dan pembukaan perniagaan baru bagi masyarakat berbangsa cina.
Pakaian
dari segi pemakaian, biasanya masyarakat berbangsa Cina suka memadankan pakaian mereka dengan warna merah sepanjang tahun baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.Tambahan pula masyarakat yang berbangsa Cina suka memakai baju yang baru dari kepala hingga ke kaki kerana melambangkan permulaan baru pada tahun baru Cina.
Tarian Singa
biasanya diadakan pada tahun baru Cina.Pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menakutkan mempunyai simbolik yang tersendiri.Tarian singa yang agresif dikatakan mampu mengusir puaka jahat bagi kepercayaan masyarakat Cina.
Angpau
merupakan sampul merah yang mengandungi wang.Jumlah wang dalam angpau kebiasaannya berjumlah genap kerana angka ganjil dikatakan membawa sesuatu maksud dalam upacara pengebumian.Bagi masyarakat Cina,angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan 4 sama bunyinya dengan mati.Oleh itu angpau tidak boleh berangka 4.Namun begitu angka 8 dianggap bertuah kerana sama dengan kaya.
Kerap ditemui semasa perayaan tahun baru Cina.Pada kebiasaannya fungsi buah limau bagi masyarakat Cina adalah untuk dipuja di tokong manakala daunnya pula adalah untuk membuang sial.Buah limau juga melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. Capture: normal Teknik: Lokasi: Di rumah salah seorang rakan berbangsa Cina di Sarawak.